TRAGEDI HANTAR ANAK KE TASKA, BUDAK 4 TAHUN MAUT DILANGGAR IBU TERTEKAN PEDAL MINYAK


TRAGEDI HANTAR ANAK KE TASKA, BUDAK 4 TAHUN MAUT DILANGGAR IBU TERTEKAN PEDAL MINYAK

Budak perempuan berusia empat tahun maut dilanggar kereta dipandu ibunya, dipercayai tertekan pedal minyak di kawasan parkir Taska Alam Damai, Taman Seputih, Luyang, Kota Kinabalu, pagi tadi.


Dalam kejadian 9.30 pagi itu, dua murid taska dan seorang guru wanita turut cedera dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II).

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Megan Wong Shi Ting, manakala yang cedera, Siti Amira Haqisyah Maennang Ambia, 6, Mohd Fakhriy Fasyin Norman,5 dan Valin Shammi, 25.

Difahamkan, sebelum kejadian, Ibu Megan berusia 36 tahun menurunkan anaknya di depan pagar taska berkenaan.

Selepas itu, dia kemudian masuk semula ke keretanya dan dipercayai tertekan pedal minyak sehingga melanggar anaknya yang berjalan beriringan dengan dua lagi murid dan guru di hadapan keretanya.

Megan disahkan meninggal dunia pada 10.10 di HQE II.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment