RESEPI.....Gambar Ke-3 Komfom Terliur!! Perggghhhhh!!!....Udang Masak Buttermilk,Jom Kita Belajar Masak!!

Bahan-bahan

500g udang (dibuang kulit & saraf kat belakang dia tu) - supaya bentuk udang tu nampak cantik je bila goreng nanti...
80g tepung jagung
40g tepung gandum
150ml susu cair
3-5 helai daun kari
3 tangkai cili hijau
minyak untuk menggoreng
garam & ajinomoto
gula
bawang putih (ditumbuk)
halia (ditumbuk)
2 sudu besar butter
Cara-cara

Perap udang yang telah dibuang kulit bersama garam, bawang putih, & halia yang telah ditumbuk. Perap selama 30 minit di dalam peti sejuk.

Campurkan tepung jagung & tepung gandum. Setelah itu, panaskan minyak.

Lumurkan campuran tepung tadi keatas udang & goreng sehingga masak. Toskan minyak apabila sudah masak & abaikan.

Cairkan butter & tumis bawang putih & daun kari sehingga naik bau.

Setelah itu, masukkan susu cair & cili hijau yang telah dihiris kecil-kecil.

Tambahkan garam, ajinomoto, & gula sebagai perasa. Tunggu sehingga sos mendidih.

** Untuk memekatkan sos, campurkan 1/2 sudu besar tepung jagung bersama 1 sudu besar air & tuangkan ia ke dalam sos. (Jangan terlalu banyak, nanti jadi terlampau pekat).

Apabila sos sudah masak, tutup api & tuangkan sos keatas udang yang telah digoreng tadi.



Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment