Peroleh $30000 Sebulan Di Usia 17 tahun, Remaja Ini Kongsi 5 Rahsia Kejayaan Kepada Anda!

Peroleh $30000 Sebulan Di Usia 17 tahun, Remaja Ini Kongsi 5 Rahsia Kejayaan Kepada Anda!

Feb 12, 2016


Oleh Feyra Nasrom Sumber Youtube

Kejayaan itu milik semua orang namun mustahil ianya datang bergolek tanpa memerlukan  usaha yang gigih, bukan? Siapa sangka ketika remaja kini taksub mengejar “likers” atau “followers” di Instagram, namun tidak bagi Temper Thompson yang berasal dari Amerika Syarikat ini hanya menghabiskan masa dengan menghasilkan “ online marketing” dan kini berjaya memperoleh pendapatan sebanyak  $30000 sebulan di usia yang masih lagi muda. Kejayaan serta tindakan genius beliau mula viral dan ramai yang tertanya-tanya bagaimana beliau mampu untuk memperoleh keuntungan sebanyak itu?  dan remaja ini akhirnya berkongsi 5 kunci kejayaan beliau menerusi laman sosial Youtube  dan mari kita lihat apa tip-tips yang dikongsi oleh Temper Thompson ini.

1. Berani Bertindak
Cara pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan memulakan langkah untuk bertindak membuat sesuatu perkara. Tidak kisah samada perniagaan, pelaburan atau simpanan yang anda ingin lakukan, Pastikan diri anda benar-benar bersungguh dan letakkan usaha 100 peratus  dan jangan hanya nampak beria di permulaan namun akhirnya  putus ditengah jalan. Ramai orang bercakap mengenai apa yang mereka mahu lakukan, tetapi  mereka sebenarnya tidak pernah melakukannya. Jika anda tidak berani untuk bertindak, maka kejayaan itu masih jauh untuk anda miliki.

2. Jangan Takut Gagal
Setiap perkara yang kita lakukan, ada dugaannya. Tidak semudah seperti yang kita jangkakan untuk peroleh sesuatu kejayaan. Pelbagai dugaan serta cabaran yang perlu kita tempuh. Normal bagi seseorang melakukan kesilapan dalam sesuatu perkara, apa yang penting , jangan mudah berputus asa dan teruskan perjuangan anda. Sesetengah manusia cepat mengalah setelah gagal beberapa kali. Jangan risau, gagal itu bukan bermaksud anda tidak layak untuk mencuba sekali lagi. belajar dari kesilapan sebenarnya lebih membantu Usaha yang berterusan pasti akan membuahkan hasil.

3. Fokus
Kunci kejayaan yang paling penting harus anda lakukan ialah untuk kekal fokus. Beri tumpuan sepenuhnya nescaya cepat atau lambat pasti akan membuahkan hasil. Fokus dalam sesuatu perkara membantu fikiran anda untuk berkembang dengan lebih produktif dan positif. Ingat, jangan mudah terganggu dengan perkara yang tidak penting.

4. Kelilingi Diri Anda Dengan Orang Yang Positif
Biasakan diri bergaul dengan orang yang sentiasa  memberi inspirasi, sokongan yang menggalakkan dan membantu menaikkan semangat anda. Contoh yang terbaik ialah ibubapa. Walau apa jua perkara yang anda lakukan, jadikan keluarga sebagai tempat rujukan pertama. Rajinkan diri anda untuk meminta nasihat dan sokongan daripada mereka. Kejayaan yang datang juga berpunca dari keberkatan dari mereka. Restu keluarga sangatlah penting untuk mendorong kejayaan berpihak kepada kita. Elakkan diri  daripada  bergaul dengan orang-orang yang mempunyai aura negatif. Ini kerana, potensi mereka untuk menjatuhkan anda itu lebih besar dan relevan untuk terjadi.

5. Jangan Terlalu Selesa
Setiap kejayaan yang kita peroleh itu tidak semestinya berkekalan, oleh itu, jangan biarkan diri anda terlalu selesa dengan posisi yang anda miliki sekarang. Beringat dan sentiasa ada perasaan ingin meningkatkan dan mengembangkan lagi kejayaan anda. Anda harus sentiasa memotivasikan diri anda untuk jadi lebih bagus dari sebelumnya.

Mudah sahaja rupanya rahsia kejayaan Temper Thompson ni, sesiapa pun boleh ikut jejak remaja ini, ianya menjadi sukar apabila seseorang itu tidak berani untuk mencuba. Apa yang paling diutamakan, komitmen, disiplin, gigih serta keyakinan diri itu merupakan aspek yang perlu anda tanam dalam diri jika ingin berjaya seperti beliau.

Jadi, Selamat mencuba ya!
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment