Cara betul masuk ke lorong By Hezeri Samsuri

Cara betul masuk ke lorong By Hezeri Samsuri

Setiap hari kami memandu, seringkali akan terserempak dengan pemandu-pemandu yang tidak begitu arif tentang cara memasuki lorong sebelah dengan betul.

“Right of way” atau hak laluan sebenarnya tidak diterangkan dengan tepat ketika kita sedang belajar memandu. Apa yang diajar lebih kepada sistem penghafalan teori, dan kurang dari segi praktikal.

Di sini kami kongsikan video animasi dari kerajaan negeri Queensland di Australia tentang cara-cara untuk masuk ke lorong sebelah dengan betul.

Ada dua situasi yang diterangkan di dalam video tersebut.

merging 1Situasi 1

Sekiranya anda berada di lorong kiri dan anda hendak masuk ke lorong kanan dan ada garisan putus, anda perlu memberi isyarat (indicator) dan beri laluan kepada kenderaan dari lorong kanan itu dahulu. Bila trafik kosong, baru anda boleh masuk ke lorong kanan.

merging 2Situasi 2

Sekiranya anda berada di lorong kiri dan hendak masuk ke lorong knana, dan tiada garisan di atas jalanraya, hak laluan diberikan kepada mereka yang berada di hadapan.

Dalam video ini, kereta di laluan kiri telah memberi isyarat untuk masuk, dan ia berada di hadapan kenderaan di lorong kanan. Kenderaan di lorong kanan perlu memperlahankan kenderaan anda untuk beri laluan kepada kenderaan dari lorong kiri.

Nampak mudah tetapi kerana kelemahan konsep hak laluan atau “right of way” ini, ramai yang bergaduh di jalanraya.

Pihak kerajaan perlu memberikan penekanan terhadap pendidikan trafik, dan bukannya dengan cara menyaman sahaja. Saman ialah cara bantuan setelah pendidikan diberikan secara maksimum.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment