Mengamuk dalam pejabat pendidikan
Riyadh: Enam terbunuh apabila seorang lelaki melepaskan tembakan dalam pejabat jabatan pendidikan di wilayah Jazan, selatan Arab Saudi, hari ini.
Stesen televisyen tempatan, Al-Ekhbariya, melaporkan menurut polis, lelaki berkenaan datang untuk berurusan di pejabat berkenaan manakala yang terbunuh ialah pekerja di pejabat itu.
Dua lagi mangsa cedera dalam kejadian itu manakala lelaki yang melepaskan tembakan sudah ditahan polis.
Setakat ini pihak berkuasa masih belum menyatakan motif serangan itu atau bagaimana ia berlaku.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2016 @ 11:27 PM
Home / Uncategories / Enam terbunuh apabila seorang lelaki melepaskan tembakan......Mengamuk dalam pejabat pendidikan
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment