Awas 'jebak' hidangan perayaan
Menurunkan tahap kolesterol sememangnya bukan tugas mudah jika tiada keazaman dan disiplin dalam diri. Apatah lagi sukar menolak makanan yang dihidangkan di negara seperti Malaysia yang sememangnya terkenal sebagai ‘syurga makanan’.
Ditambah musim perayaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut esok. Pastinya tiada yang mahu ‘berpantang’ apabila mengenangkan menu lazat seperti kuih bulan, ayam goreng, daging itik dan sebagainya.
Ramai yang gemar makan tapi masih takut tahap kolestrol meningkat seterusnya menyebabkan penyakit kardiovaskular (CVD) seperti strok dan jantung. Kolesterol tinggi menjadi antara faktor utama penyakit jantung koronari, serangan jantung serta strok.
Individu yang mempunyai kolesterol tinggi adalah dua kali lebih tinggi berisiko mendapat serangan jantung.
Berdasarkan statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) satu dalam tiga rakyat Malaysia menderita akibat kolesterol tinggi.
Pakar Pemakanan Kanan Nestle Malaysia Berhad, Nurul Iliani Ahmad berkata, kandungan kolesterol tinggi dalam badan antara penyakit ‘popular’ dalam kalangan rakyat negara ini. Sama ada tua atau muda, gemuk atau kurus, hakikatnya kolesterol ada pada setiap individu.
“Semua individu mempunyai tahap kolesterol masing-masing. Bezanya hanya tahap tinggi atau rendah. Jika anda mempunyai tahap kolestrol 5.2 ke atas, anda sepatutnya mencari inisiatif untuk menurunkannya.
“Apatah lagi ketika musim perayaan. Inilah masanya kita berkumpul dan merapatkan hubungan selain menghidangkan makanan lazat. Tetapi kandungan kolesterol tinggi menyekat keinginan untuk makan.
“Inilah sebabnya kami menghasilkan infografik untuk mengingatkan rakyat Malaysia agar menjaga kesihatan jantung mereka dengan mengawal pengambilan jenis lemak berbeza yang terkandung di dalam pelbagai snek dan hidangan Tahun Baru Cina serta kolesterol daripada makanan,” katanya ketika ditemui pada majlis bual bicara ‘Tip Pemakanan Bijak Sempena Musim Perayaan’ di ibu negara baru-baru ini.
Infografik berkenaan menerangkan kesan pengambilan lemak trans, lemak tepu dan lemak tidak tepu ke atas tahap kolesterol LDL (tidak baik) dan HDL (baik) di dalam aliran darah.
Ia dihasilkan sejajar dengan misi Nestle Omega Plus® untuk membolehkan rakyat Malaysia mengambil berat terhadap kesihatan jantung mereka.
Tabiat makan dan gaya hidup yang tidak sihat (seperti tidak bersenam dengan kerap) boleh menyebabkan tahap kolesterol menjadi tinggi, dan meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung dalam kalangan individu di bawah usia 40 tahun.
Perubahan gaya hidup seperti bersenam dengan kerap dan mengamalkan diet yang menyihatkan jantung dengan mengambil dua cawan Nestle Omega Plus® setiap hari boleh meningkatkan kualiti hidup untuk golongan yang berisiko.
Nestle Omega Plus® diperkaya dengan ACTICOL® - sejenis sterol tumbuhan yang terbukti secara saintifik dapat mencegah kolesterol tidak baik daripada memasuki aliran darah, seterusnya membantu mengurangkan tahap kolesterol secara semula jadi.
Ujian klinikal dijalankan Pusat Penyelidikan Nestle menunjukkan keberkesanan pengambilan setiap dos 1.2 gram sterol tumbuhan setiap hari sama dengan dua gelas susu Nestle Omega Plus® yang mengandungi Acticol®.
Pengambilan dua gelas NOP setiap hari selama 30 hari mampu mengurangkan paras kolesterol tidak baik atau LDL sebanyak tujuh peratus.
Bagi muat turun salinan infografik Tip Makan Dengan Bijak Di Musim Perayaan layari www.facebook.com/Nestle Omega Plus.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment