Tengah Sedap Tetiba Kena Serbu Pihak PADKP...‘Projek’ terbantut

‘Projek’ terbantut

Jitra: Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini ditahan berkhalwat dalam keadaan hanya berselimut bersama pasangannya di sebuah hotel bajet di pekan Changlun, dekat sini, awal pagi semalam.
Pelajar berusia 22 tahun itu memberi alasan hanya bertemu dengan kekasihnya berusia 20 tahun sebelum menyewa bilik hotel berkenaan dipercayai untuk memadu kasih.
Bagaimanapun, tindakan mereka mengundang padah apabila dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi.
Ketika dicekup, pelajar itu menutup seluruh badannya dengan selimut selain mendakwa tidak berpakaian, manakala pasangannya ditemui berpakaian lengkap dalam bilik itu.
Mereka dikatakan berkenalan melalui laman sosial Facebook sejak setahun lalu dan sering bertemu sehinggakan lelaki berasal dari Sabah itu sanggup mencari pekerjaan di daerah ini untuk berada dekat dengan kekasihnya.
Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, hasil pemeriksaan mendapati, pasangan itu tidak mempunyai sebarang ikatan sah suami isteri atau mahram menyebabkan timbul syak mereka melakukan maksiat.
Beliau berkata, pasangan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Changlun untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama bagi diambil keterangan.
“Dalam serbuan berasingan, seorang janda beranak dua berusia 32 tahun turut dicekup berkhalwat bersama pasangannya berusia 41 tahun yang masih bujang di sebuah bilik hotel bajet di pekan ini, jam 12 tengah malam (semalam).
“Ketika ditahan, lelaki itu ditemui hanya bertuala, manakala pasangannya berada dalam bilik air dalam keadaan takut.
“Lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur itu memberi alasan wanita terbabit adalah bakal tunangnya dan mereka hanya singgah di situ untuk berehat,” katanya.
Radzi berkata, pasangan itu ditahan selepas mereka mengaku bukan suami isteri dan dibawa ke balai polis sama untuk dibuat laporan.
Beliau berkata, pihaknya turut membuat pemeriksaan di beberapa hotel di daerah ini dan mendapati tiada penyewa di hotel berkenaan.
“Kita akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa untuk membanteras kegiatan maksiat di daerah ini supaya dapat dibendung.
“Kedua-dua pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 25, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya,” katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment