11 Kesilapan Media Sosial Yang Mungkin Anda Sedang Lakukan
11 Kesilapan Media Sosial Yang Mungkin Anda Sedang Lakukan
Antara kelebihan media sosial terutamanya bagi pengusaha perniagaan ialah; maklumat-maklumat penting dapat dikongsi secara mudah dengan orang ramai. Namun kekurangan media sosial pula dan mampu membahayakan kredibiliti perniagaan atau kerjaya anda ialah apabila; anda tidak mengambil tahu akan perkembangan trend terkini DAN melakukan beberapa perkara yang tidak patut dilakukan.
Kali ini saya kongsi 11 kesilapan media sosial yang perlu dijauhi jika anda sayang akan perniagaan atau kerjaya anda:
1. Mencampur Aduk Akaun Peribadi & Professional
Seringkali kita melihat personaliti di belakang sesebuah perniagaan mengaktifkan diri mereka di laman sosial kerana pelanggan tertarik dengan perniagaan tersebut disebabkan oleh pemilik itu sendiri. Jika anda berada dalam situasi ini, pastikan anda tidak berkongsi perkara yang terlalu peribadi di media sosial anda.
Bagi anda yang berkerjaya, lebih baik anda mempunyai dua jenis akaun; satu akaun peribadi dan perkara yang anda kongsi hanyalah untuk tatapan keluarga dan kawan rapat, manakala satu lagi akaun untuk tatapan umum. Contohnya, akaun Facebook anda untuk kegunaan peribadi dan LinkedIn untuk kegunaan professional.
2. Berkongsi Pendapat Yang Bersifat Kontroversi
Isu-isu yang mudah mengundang kontroversi perlu anda elakkan dari memberi pendapat di media sosial perniagaan atau professional anda. Jauhkan dari memberi pendapat mengenai isu agama dan politik kerana ia boleh memecah-belahkan sokongan pelanggan atau pengikut anda.
3. Menjawab Segala Macam Jenis Interaksi
Walaupun melayan dan berkomunikasi dengan pelanggan amat digalakkan di media sosial, namun pastikan anda hanya menjawab atau memberi reaksi terhadap perkara yang benar-benar berkaitan dengan perniagaan anda.
Jangan layan spammers atau komen yang tidak penting.
4. Terlalu Monotone
Jangan hanya berkongsi tentang iklan produk anda atau waktu operasi perniagaan. Elakkan juga dari berkongsi perkara yang sama di setiap media sosial yang berlainan. Sebaliknya, kekalkan akaun anda menarik dan menghiburkan kepada pengikut akaun anda dengan berkongsi perkara yang agak lain pada waktu yang berbeza.
5. Tidak Mengekalkan ‘Personaliti’ Akaun
Perkara ini anda perlu pelajari dari selebriti-selebriti di negara ini. Setiap dari mereka samada mereka penghibur atau usahawan terkenal amat konsisten dari segi penggunaan bahasa dan mengekalkan personaliti untuk tatapan peminat atau pelanggan.
Sebagai contoh, pilih personaliti akaun yang anda mahu samada anda mahu menggunakan nada formal, semi-formal atau bersahaja.
6. Tidak Menumpukan Terhadap Golongan Pengikut
Setiap perniagaan akan menarik minat target pelanggan yang berbeza dari segi demografik atau golongan umur dan latar belakang. Pastikan anda mengenali golongan pengikut media sosial anda dan berkongsi perkara yang berkaitan atau boleh diterima untuk golongan tersebut.
7. Tidak Memeriksa ‘Grammar‘
Jika anda mahu berkongsi sesuatu di media sosial dalam bahasa inggeris, pastikan grammar ayat anda betul dan tidak tunggang langgang. Kesalahan-kesalahan kecil boleh dimaafkan tetapi penggunaan grammar salah yang ketara boleh merosakkan imej anda.
8. Repost Tanpa Memberi Kredit
Jika anda terjumpa dengan post-post yang menarik anda pastinya akan berkongsi semula atau repost. Pastikan anda memberi kredit kepada sumber yang anda ambil.
9. Menyalah Guna #Hashtag
Jangan gunakan hashtag yang berlebihan atau susah dibaca. Gunakan hashtag yang mudah, berkaitan dan menghiburkan.
10. Tidak Menghormati Komen Orang Lain
Tidak kira sebesar mana pun syarikat atau personaliti diri anda, elakkan dari menjawab komen atau pertanyaan dengan cara yang tidak sopan. Sering kali kita melihat situasi di mana personaliti-personaliti terkenal menjawab komen pengikut dengan angkuh.
Kekalkan budi bahasa walaupun komen yang ditujukan kepada kita berbaur agak kurang sopan.
11. Spam
Ini merupakan kesalahan terbesar yang sering dilakukan oleh kebanyakan peniaga di laman sosial. Jangan menyemakkan akaun orang lain dengan iklan anda atau komen URL anda. Elakkan juga dari meletakkan tag sebarangan terhadap akaun lain.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment