"Saya Tak Percaya Sehingga Nampak Seluar Trek Awa Dikeluarkan Dari Tangki Kumbahan," Luahan Sayu Bapa
Jasin: "Saya tidak percaya selagi tidak nampak jasadnya, jadi saya masih bertenang apabila tiba di sekolah sehinggalah saya nampak seluar trek dipakai ketika anak saya dikeluarkan dari tangki kumbahan.
“Ketika itulah saya pasti yang itu adalah anak saya," kata Raja Mohamad Shahrunnizam Raja Harun, 44, bapa kepada Raja Nur Najjuwa Arianna,7, yang meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sekolahnya.
Memetik laporan Sinar Harian, Raja Nur Najjuwa Arianna, 7, ditemui meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh di dalam lubang kumbahan di belakang tandas Sekolah Rendah Agama, Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai.
Menurut Raja Mohamad Shahrunnizam Raja Harun, 44, dia memang betul-betul tidak menyangka anak yang dipanggil Awa itu terjatuh ketika berlari dengan kawan-kawannya selepas dimaklumkan guru berhubung kejadian.
“Ustazah telefon beritahu Awa jatuh dan selepas sampai sekolah saya terkejut rupanya dia jatuh dalam lubang kumbahan.
“Mula-mulanya saya tak percaya sampaikan saya nampak seluar trek kepunyaan arwah,” katanya selepas ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Penghulu Benteng di sini, hari ini.
Dia dan isteri-isterinya Noor Azlina Roslan, 32, dan Hamimahwati Abu Bakar, 48, masih lagi bersedih dan terkejut dengan pemergian anak kelima dari tujuh beradik itu.
“Kejadian masih baru lagi berlaku, kami tak dapat nak fikir lagi apa-apa. Tapi saya reda dengan cara dia pergi. Ini dah ketentuan,” katanya.
Home / Uncategories / "Saya Tak Percaya Sehingga Nampak Seluar Trek Awa Dikeluarkan Dari Tangki Kumbahan," Luahan Sayu Bapa
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment