Terima Balasannya....Pasangan kurang ajar!

Pasangan kurang ajar!

Tampa (Florida): Seorang lelaki yang didapati bersalah melakukan hubungan s3ks di pantai awam di Florida serta di depan kanak-kanak dihukum penjara dua setengah tahun, semalam.
Jose Caballero, 40, ditahan di Pantai Bradenton, Florida, Julai lalu, selepas pengunjung pantai membuat aduan mengenai perbuatannya meraba sebelum melakukan s3ks dengan seorang wanita di pantai itu, ketika tengah hari.
Menurut laporan polis yang dikemukakan kepada mahkamah, seorang budak perempuan berusia tiga tahun juga melihat kejadian itu malah ada saksi yang merakam perbuatan mereka.
Pembantu Peguam Negeri Anthony Dafonseca berkata Caballero yang pernah dipenjara lapan tahun kerana kesalahan dadah, boleh dihukum sehingga 15 tahun bagi kesalahan itu.
Lelaki itu dan wanita yang melakukan s3ks dengannya, Elissa Alvarez, 21, didapati bersalah melakukan perbuatan tidak senonoh di depan kanak-kanak dan perlu mendaftar sebagai pesalah s3ks.
Menurut Dafonseca, Alvarez dibebaskan kerana hukuman penjaranya sama dengan jumlah hari dia ditahan ketika siasatan.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment