14 jenazah, satu liang

14 jenazah, satu liang

Alor Setar: Sebanyak 14 jenazah etnik Rohingya yang menjadi mangsa pemerdagangan orang dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang, Pokok Sena, di sini, hari ini.
Ketua Penyelaras Pengebumian Rohingya dari Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) Syeikh Fakrurrazi Yub berkata, kesemua jenazah tidak dikenal pasti identiti kerana tidak sempurna, dikebumikan kira-kira jam 10 pagi.
Menurutnya, ia adalah pengebumian fasa ke-7 dan terdapat empat beg yang mengandungi jenazah masih dlm proses forensik.
Katanya, berdasarkan hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semua jenazah dikenal pasti sebagai lelaki.
"Jenazah ini tidak sempurna dan ada cebisan daging, tangan dan kaki yang dikumpul dan dimandikan di HSB dan dikebumikan pagi ini," katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment