Cekik anak tiri sampai mati

Cekik anak tiri sampai mati

Petaling Jaya: Seorang lelaki tergamak mencekik anak tiri perempuannya berusia 22 tahun hingga mati dalam kejadian di Taman Putra Damai, Kelana Jaya, 26 Januari lalu.
Dalam kejadian 9.30 malam, suspek berusia 37 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pada mulanya membawa anak tirinya ke Hospital Sungai Buloh kerana mendakwa wanita itu tidak sedarkan diri selepas jatuh di dalam tandas dan diserang penyakit sawan.
Setibanya di hospital doktor mengesahkan anaknya meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian leher wanita itu.
"Doktor mengesahkan mangsa mati akibat dicekik yang berkait dengan salah laku jenayah.
"Hasil pemeriksaan Unit Forensik di sebuah rumah yang dihuni oleh mangsa bersama ibu bapanya itu menjumpai sebatang besi yang disyaki digunakan untuk mendera wanita itu.
"Susulan itu, polis menahan ibu bapa mangsa dan hasil soal siasat, bapa tiri mangsa mengaku mencekik wanita itu di dalam kereta," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek akan dituduh di Mahkamah Tinggi Shah Alam esok.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment