Lagi...... SAMSYATILLA


SAMSYATILLA

Kisah cinta berakhir bahagia
Rabu, 10 Feb 2016

SAM dan Syatilla pada majlis malam berinai.

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Tanggal 8 Februari 2016 menjadi tarikh keramat buat pasangan pelakon Shaheizy Sam, 34, dan Syatilla Melvin, 25, selepas sah diijab kabul sebagai suami isteri. Tempoh enam tahun perkenalan memberi ruang buat kedua-duanya mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam.

Bagi Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, Syatilla wanita paling sesuai untuk menjadi peneman hidupnya.

“Dia wanita penyabar yang mampu memahami kerenah saya. Dari luaran, Syatilla mungkin nampak sedikit kasar, namun dia sebenarnya penyayang,” katanya kepada RAP.

Sam juga mengakui, dia kini perlu bekerja lebih keras dalam mencari rezeki untuk keluarganya.

“Sekarang saya sudah ada keluarga baru. Jadi rasanya sebagai suami, saya perlu bekerja lebih keras lagi. Saya tidak mengharapkan apa-apa daripada Syatilla, tetapi kami akan cuba menjadi yang terbaik buat diri masing-masing,” katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment