Misha tetap ceria hidup sekarang

Misha tetap ceria hidup sekarang

Kuala Lumpur: Walaupun belum ada tanda-tanda dikurniakan cahaya mata selepas berkahwin sejak dua tahun lalu, penyanyi Misha Omar, 34, tetap bahagia dengan kehadiran dua anak angkatnya Muhammad Adam Emir, 10, dan Humaira Lateefa, 4.
Misha berkata, biarpun kehidupannya sebagai isteri belum sempurna kerana tidak memiliki anak, tetapi dia memiliki suami Firos Ezzwan Rossly, anak angkat dan kerjaya seni.
"Alhamdulillah saya gembira dengan kehidupan sekarang. Rasa semuanya sudah cukup untuk saya. Walaupun belum ada rezeki untuk punya anak sendiri, saya bahagia menguruskan anak angkat.
"Saya gembira untuk melakukan apa saja yang saya suka," katanya yang kini sibuk mempromosikan single terbarunya berjudul Terimaku Seadanya di mana dia berduet dengan Hafiz Suip.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment