Pilu Dan Sebak Bila Dengar Rintihan Seorang Anak Kecil.......'Mama, papa, kaki dah rosak'

'Mama, papa, kaki dah rosak'


Kuala Lumpur: “Setiap kali melihat kakinya, anak saya akan mengadu ‘mama papa, kaki dah rosak’. Ini membuatkan saya dan isteri sedih setiap kali mendengarnya,” kata Nasaruddin Mohd Idris, bapa kepada Dzil Mikhail Nasaruddin, kanak-kanak berusia tiga tahun yang putus sebahagian tapak kaki kiri akibat tersepit di eskalator di KL Sentral, Isnin lalu.
Nasaruddin, 40, berkata, dia dan isteri, Nahzatulsyima Mustaffa, 31, sedih kerana anak yang dilahirkan sempurna sebelum ini melalui pengalaman kehilangan anggota badan sekelip mata.
Dia berkata, anaknya yang ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerap terjaga daripada tidur pada waktu malam kesan daripada insiden berkenaan.
“Apabila tidur, dia akan terjaga... Kadangkala dia menangis jadi kita legakan perasaan dia supaya rasa takutnya hilang.
“Saya ada bertanya adakah dia ingin menaiki kereta api lagi, tapi Dzil Mikhail kata tak mahu walaupun sebelum ini dia teruja menaikinya,” katanya.
Nasaruddin berkata, anaknya masih trauma dengan insiden itu.
Menurutnya, dia dan isteri cuba membantu memulihkan kembali semangat anak tunggalnya, sekali gus meneruskan kehidupan seperti biasa selepas ini.
Katanya, dia berharap Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH) menjalankan siasatan mencari punca serta penyelesaian insiden itu.
“Buat masa ini, DOSH ada berjumpa saya untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai insiden berkenaan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/114690#sthash.uOxPyJUD.dpuf
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment