Semoga rohnya dicucuri rahmat

Semoga rohnya dicucuri rahmat

Muar: Jenazah Duta Besar Malaysia ke Switzerland Datuk Mohd Zulkephli Mohd Noor yang meninggal dunia di Berne, Switzerland, 3 Februari lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 1.5 di sini, malam tadi.
Jenazah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 6.30 malam dan tiba di sini kira-kira 10.10 malam.
Jenazah dibawa menggunakan van diiringi keluarga dan sahabat terdekat.
Suasana pilu menyelubungi kawasan tanah perkuburan ketika talkin dibacakan Imam I Masjid Al-Munir Bakri, Ahmad Fadli Khamis dan jenazah selamat disemadikan kira-kira jam 11.30.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Muhammad Hanif Othman dan rakan Allahyarham dari Sekolah Tinggi Muar
Adik Allahyarham, Salwa, 52, berkata, semua urusan membawa pulang jenazah dan pengebumian berjalan lancar.
"Kami sekeluarga berterima kasih kepada semua pihak yang membantu memudahkan segala urusan.
"Saya menerima berita berkaitan Allahyarham menerusi WhatsApps keluarga dan menunggu kepulangannya.
"Allahyarham yang juga anak keempat daripada sembilan beradik meninggal dunia akibat kanser hati, penyakit sama yang dihidap arwah ibu, Fatimah Abdullah yang meninggal dunia 13 tahun lalu," katanya yang juga adik ketujuh arwah ketika ditemui.
Menurutnya, jenazah dikebumikan bersebelahan pusara ibu mereka.
Katanya, kali terakhir bertemu Allahyarham Ogos tahun lalu ketika arwah bercuti dan mula mengetahui masalah kesihatan abangnya berikutan perubahan fizikalnya.
Sepanjang 32 tahun berkhidmat di luar negara, katanya, Allahyarham tidak pernah lupa untuk meluangkan sama bersama keluarga apabila pulang serta memberikan pelbagai nasihat kepada anak-anaknya.
Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Anna Amalina Imam Baweh dan lima anak.
Mohd Zulkephli mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1984.
Pada 2009, beliau dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Libya hingga 2011.
Selepas itu, pada Julai 2012, beliau dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Turkmenistan.
Pada masa sama, beliau pernah bertugas di beberapa perwakilan Malaysia seperti Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles dan Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu di Geneva.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment