Azlin juara Seiras Seirama

Azlin juara Seiras Seirama

Kuala Lumpur: Ikon kepada Ziana Zain, Azlina Aziz, atau Azlin, 28, menjadi juara program realiti Seiras Seirama yang disiarkan secara langsung daripada Studio 1, Astro Bukit Jalil, di sini, malam tadi.
Disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123) Azlin membawa pulang wang tunai RM20,000 dan trofi sumbangan Astro.
Menyanyikan lagu berjudul Tiada Kepastian dan Sangkar Cinta secara solo dan medley, Azlin turut menyanyikan lagu duet berjudul Senja Nan Merah bersama Aweera.
"Saya meminati Ziana ketika dibangku sekolah rendah lagi. Saya suka mendengar suaranya yang bernada tinggi.
"Alhamdulillah saya tidak sangka boleh tarik lagu nyanyiannya dan berjaya memenangi pertandingan ini.
"Melihat persaingan daripada ikon artis lain saya menyangka ikon Ella iaitu Zila yang menang," katanya.
Seramai tujuh peserta menyertai program yang turut membabitkan tujuh artis antaranya Datuk Jamal Abdillah, Hafiz Suip, Mas Idayu, Ziana Zain, Ella, Faizal Tahir dan Misha Omar.
Selain Azlin peserta lain yang terbabit ialah Azri, Akira, Norya, Zila, Azry dan Tyka.
Program dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi manakala juri ialah Datuk AC Mizal, Mamat Khalid dan Datuk Khadijah Ibrahim.
Program menggunakan sistem 100 peratus pemarkahan oleh juri profesional.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment