SUSULAN MURID DIPATUK ULAR - HENTIKAN VIRAL, JAGA SENSITIVITI KELUARGA [20 APRIL 2016]

20 April - KELANTAN:Seorang murid tahun Satu..Sekolah Kebangsaan Dato Hashim ( 1), Pengkalan Chepa, Kota Bharu...mati dipercayai di patuk ular tedung hitam ..ketika waktu rehat .. di sekolah itu.... SEMALAM. Nuriey Nashirah Ruslan, 7 tahun..dikatakan mempunyai kesan patukan di betis kirinya,.....meninggal dunia ketika di bawa ke klinik kesihatan Pengkalan Chepa. Ketua Polis Daerah Kota Bharu,, ACP Baharom Abu....mengesahkan kejadian itu.
https://www.youtube.com/watch?v=KhpZRHnwM1c

SUSULAN MURID DIPATUK ULAR - HENTIKAN VIRAL, JAGA SENSITIVITI KELUARGA [20 APRIL 2016]


KOTA BHARU: Seorang murid perempuan Tahun Satu meninggal dunia dipercayai dipatuk ular, dalam kejadian di perkarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Hashim 1, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, mangsa, Nuri Nadirah Ruslan, dikatakan sedang bermain bersama rakannya ketika waktu rehat sebelum menjerit kesakitan. Mangsa kemudiannya berlari masuk ke dalam kelas sebelum pengsan.

Pihak sekolah terus membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa sebelum disahkan mangsa meninggal dunia. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat. Mangsa dipercayai dipatuk ular di bahagian betis kiri.

Ibu mangsa, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, berkata ketika kejadian dia berada di tempat kerja, sebelum dimaklumkan kejadian itu oleh pihak sekolah.

Katanya, beliau bergegas ke Klinik Kesihatan dan ketika itu anak sulungnya sudah tidak sedarkan diri.



Tak ada siapa yang tak sedih.. bila baca kesah cerita sebenar dari bapa mangsa KANAK2 TUJUH TAHUN YG MATI DI PATUK ULAR..


Alhamdulillah...
Kak Long dah dikebumikan pada pukul 10pg tadi..Saya ucapkan terima kasih pada semua ahli keluarga dan rakan yg byk membantu dan memberi semangat..Pasal cerita Kak Long hidup semula tu adalah salah faham shj...Kak Long dah disahkan tiada di hosital besar kota bharu ptg kemarin lg dan tiba di rumah sy pukul 6.30ptg kemarin..lepas magrib jenazah dimandikan..Siap jenazah dimandikan,diangkat dan diletakkan diatas kain utk dikafankan..Masa nk letakkan jenazah kat atas kain kafan tu,dia tersedu 2kali..Kami ahli keluarga dan sahabat handai berbincang utk panggil doktor datang check kat rumah utk kepastian,walaupun kata hati dah rasa yg kak long dah tiada..Sebelum Dr sampai,adalah 5..6..org yg cuba tengok keadaan jenazah,
dlm 5..6..org tu adalah 1..2..org yg ckp jenazah masih ada cuma slok(koma).Xlama 1group Dr sampai dan membuat pemeriksaan,mengesahkan jenazah dah tiada,xlama kemudia sampai lg 1group Dr sukarela..dan berterusan group Dr sampai dalam 3group..semua Dr mengesahkan jenazah dah tiada dan saya sbg bapa tidak lagi membenarkan sesiapa pun menyentuh jenazah lg..kedaan tersebutlah yg menimbulkan salah faham dan buah mulut yg direka-reka..maklumlah org yg hadir terlalu ramai beratus-ratus..memandangkan keadaan dah lewat mlm,kami di pihak keluarga memutuskan urusan pengebumian di pagi esok(Rabu)..setakat hari ni,yg sy tahu ular yg patut kak long masih belum dijumpai di sekolah tersebut..gambar ular yg diviralkan itu pun tidak benarhanya direka shj..dan mintaklah buang gambar kat hospita yg muka diikat(sedih tgk)dan sy meminta semua rakan FB,perbetulkan cerita..jgn lah ditambah tolok..cerita di sekolah dan hospital sy pun kurang pasti,disebabkan sy dr kuantan pukul 12tgh dan sampai Kb pukul 3.30..anak sudah meninggal..sy juga belum pasti jenis ular yg mematuknya..mintak maaf kpd semua kerana xsempat nk cerita perkara sebenar dan xsempat nk layan call,whatsap dan Fb..Dan terima kasih diucapkan kepada pihak2 jabatan kerajaan yg sempat hadir ke rumah..Sy sbg manusia biasa ni,sedih lah jgk,dia lah seorang anak,dialah seorang rakan yg paling rapat dan sy lah tempat melayan cerita2 budak2 nya..sampaikan nama kawan2 dia kat skolah pun sy ingt..Tapi Allah lebih syg kan dia ..sama2 lah kita terima Qadar dan Qadar Allah swt..yg pastinya taman syurga menunggu mu anakku..Kita semua yg belum pasti dimana-mana..sama2 lah berdoa utk menuju ke jalan yg lurus,aitu jalan org2 yg beriman..
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. william hill william hill 카지노사이트 카지노사이트 다파벳 다파벳 starvegad starvegad 제왕카지노 제왕카지노 happyluke happyluke 10bet 10bet william hill william hill カジノ シークレット カジノ シークレット ボンズ カジノ ボンズ カジノ 980

    ReplyDelete