Senjata rahsia....Itulah Kata-kata Pemain Kelantan Pamoga Untuk Musim ini.....

Senjata rahsia

Kota Bharu: Memulakan aksi sulung menentang Perak pada saingan Liga Malaysia di Stadium Perak malam ini, Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) dijangka tampil dengan senjata rahsia.
Jurulatih K Devan berkata, beliau sudah mengenal pasti kelemahan pasukan Bos Gaurus dan akan memanfaatkan peluang sepenuhnya pada aksi sulung itu nanti.
Malah katanya, pemain juga sudah dipersiapkan untuk menghadapi asakan lawan dengan strategi diatur berdasarkan prestasi enam perlawanan persahabatan yang lalu.
“Saya lega kerana majoriti pemain termasuk empat import dalam keadaan baik kecuali Norfarhan Muhammad dan Manaf Mamat yang masih berdepan kecederaan.
“Namun, agak pening juga untuk menentukan kesebelasan utama kerana semuanya bersemangat dan tidak sabar memulakan aksi.
“Beberapa nama sudah dalam perhatian saya dan ia akan ditentukan esok (hari ini) selepas mereka selesai jalani latihan ringan,” katanya.
Rekod perlawanan kedua-dua pasukan itu agak seimbang dan jurulatih masing-masing tentunya mempunyai perancangan serta strategi tersendiri bagi memenangi perlawanan sulung itu.
Kelantan menaruh harapan tinggi kepada bekas pemain FELDA United, Indra Putra Mahayuddin selain Muslim Ahmad dan Daudsu Jamaluddin selaku pertahanan berbisa.
Manakala, dua penyerang import terbaharu, Dramane Traore dari Mali dan Jonatan Lucca (Brazil) ditagih untuk merobek kubu lawan.
Perak mempertaruhkan pemain tengah berpengalaman, Nurridzuan Abu Hassan Saari serta dua penyerang muda, Ridzuan Azly Hussham dan Khairul Ashraf Sahizah selain import pertahanan, Thiago Junior.
Dalam pada itu, Penasihat Kehormat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida mahu pemain PQPTRW beraksi cemerlang dalam usaha memburu kemenangan sulung untuk dijadikan pembakar semangat menjelang perlawanan seterusnya.
Katanya, lambang PQPTRW (Kijang) serta dua bintang tertera jersi dipakai pemain ibarat azimat untuk mereka lonjakkan semula imej Kelantan selaku pasukan digeruni lawan.
“Jika hendak ‘tapau’ ketiga-tiga piala (Piala FA, Super dan Malaysia), kita perlu memenangi enam perlawanan awal termasuk menentang Perak sekalipun menyedari pasukan lain turut memasang impian sama.
“Saya optimis, skuad PQPTRW akan membawa pulang tiga mata malam esok (hari ini) dan jika semua pemain berjaya mempamerkan aksi cemerlang musim ini insya-Allah, ada habuan menanti mereka nanti,” katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment