New Delhi: Remaja perempuan berusia 15 tahun yang dibakar selepas dirogol di atas bumbung rumahnya Isnin lalu, meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital di sini, hari ini.
Polis sudah menahan perogol berusia 20 tahun itu yang didakwa semalam, dengan tuduhan merogol, membakar serta cuba membunuh kini menghadapi tuduhan membunuh dalam kejadian di sebuah kampung di Uttar Pradesh.
Remaja perempuan itu ditemui ibu bapanya yang terdengar jeritannya akibat dibakar dan dibawa ke hospital dalam keadaan 95 peratus melecur.
Menurut keluarganya, lelaki itu sudah beberapa bulan mengekori mangsa serta berkeliaran di sekitar rumah mereka. Polis sudah memberi amaran kepada perogol itu tahun lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2016 @ 4:57 PM
Ahli keluarga mangsa menunjukkan kawasan di atas bumbung rumah tempat remaja 15 tahun dirogol sebelum dibakar Isnin lalu, di perkampungan Tigri, Noida, pinggir New Delhi. Mangsa mati di hospital hari ini. - Foto AP
0 comments:
Post a Comment