‘Tapi Masa Tu Aku Dalam Keranda’ – Perbualan Terakhir Bersama Allahyarham Zaim
Kemalangan Ranau
Ya Allah buka-buka akhbar hari ni banyak sangat kemalangan yang berlaku. Dekat Melaka habis sebaris kereta kena langgar katanya sebab jalan sempit. Ini pula yang berlaku dekat Jalan Ranau-Telupid, kemalangan trak tentera yang terbabas .
Bila dikenangkan mesti ramai antara keluarga yang terkesan dengan kejadian seperti ini. Sayu bila seorang sahabat kepada salah seorang tentera telah memuat naik status yang kami sendiri tak percaya.
Allah lebih sayangkan kau sahabat
Allahyarham Mohamad Zaim bin Salhudin yang merupakan seorang angkatan tentera darat yang baru sahaja memasuki alam ketenteraan. Status yang telah dimuat naik oleh sahabat baik Allahyarham Zaim, Amalina Hanif yang pernah bekerjasama di PPD ni mendapat perhatian netizen.
Mimpi kini menjadi realiti, Subahanallah
Kini hanya gambar tempat melepas rindu
Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan kita yang masih hidup ni jangan putus berdoa supaya amalan kita diterima, dan sentiasa sedekahkan al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi lebih dulu daripada kita.
Kami dari Oh Bulan doakan yang terbaik buat keluarga mangsa dan semua yang terlibat dalam kemalangan itu.
Home / Uncategories / Al-Fatihah..Genap Setahun Berkhidmat...‘Tapi Masa Tu Aku Dalam Keranda’ – Perbualan Terakhir Bersama Allahyarham Zaim
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment