8 Group Yang Biasanya Mesti Ada Dalam WhatsApp Anda!

8 Group Yang Biasanya Mesti Ada Dalam WhatsApp Anda!

Bila hidup serba canggih ni, setiap peringkat umur dari muda sampai la ke tua dok sibuk je dengan WhatsApp.

Paling penting kena buat group untuk mudahkan lagi berhubung.



Haa..kami senaraikan 8 group yang biasanya anda ada dalam WhatsApp.

Walaupun ada group yang kita tak suka, nak ‘exit group’ rasa sebersalah. Jawapannya, mute setahun. Hehe..

1. Group family





Tujuan group ni dibuat untuk berhubung dengan saudara mara. Topik yang jadi perbualan semestinya tentang perbandingan keputusan peperiksaan anak-anak, beli perabot baru, anak masuk universiti. Masing-masing tak nak kalah.

2. Group adik-beradik



Haa.. ni istimewa sebab hanya adik-beradik je boleh. Jadi, point utama lebih kepada berkongsi cerita yang dianggap rahsia dan topik-topik yang tidak patut diketahui ibu bapa. Betul tak?

3. Group kelas



Apa je info tentang assignment, semuanya rujuk dalam group ini. Paling ternanti-nanti, kalau dapat mesej ‘kelas cancel’. Paling menyampah bila ada orang share benda bukan-bukan dalam group ni.

4. Group budak lelaki



Budak lelaki pun ada group? Dalam group ni la deorang akan gosip tentang perempuan. Paling nakal bila deorang borak pasal benda ‘lucah’ tentang perempuan ini la, itu la.

5. Group girls only



Selalunya perempuan ni lebih suka berpuak-puak dan berkumpulan. Ada je nama kumpulan pelik-pelik. Powerpuff Girls lah, Girls Generation lah. Topik utama mereka, lelaki mana paling hot di kolej?

6. Group surau


Kebaikan siapa join group anda akan mendapat tazkirah percuma setiap hari. Macam-macam info anda akan dapat. Mesti korang hanya membalas dengan emoji ibu jari je kan.

7. Group kawan sekolah



Siapa yang dah lama tamat zaman persekolahan, soalan yang menjadi keutamaan ialah ‘bila kau nak kahwin’. Selalu dapat jemputan kahwin dari kawan sekolah. Tapi, diri sendiri tak tahu bila nak kahwin?

8. Group ofis



Biasanya group ofis ni semuanya gosip pasal bos. Bos bagi kerja banyak la. Bos macam singa la. Bos ada scandal dengan P.A la. Tak berkat gaji korang hoi.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment