Mengaku potong kemaluan suami

Mengaku potong kemaluan suami


Kuala Pilah: Seorang wanita warga tempatan yang bertindak memotong kemaluan suaminya warga Pakistan di Batu Kikir, Jempol dekat sini pada 20 Januari lalu mengaku bersalah atas perbuatan itu di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Tertuduh, Fatimah Abdullah, 51, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Sazlina Shafie selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, Fatimah didakwa bertindak sedemikian di rumah di Batu Kikir, Jempol pada 1.20 pagi, 20 Januari lalu.
Tertuduh dengan sengaja didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Umar Rahman, 44, dengan menggunakan pisau yang berkemungkinan boleh mendatangkan kematian.
Oleh itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.
Mendengar pengakuan bersalah, Sazlina menetapkan 22 Februari ini untuk mendengar hukuman sementara menunggu laporan perubatan suami tertuduh.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Mohammad Zainudin manakala Fatimah tidak diwakili peguam.
Mahkamah turut menawarkan jaminan sebanyak RM5,000.00
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment