PENEMUAN bangkai ikan dipercayai paus di pantai Beting Lintang, Jerteh, awal pagi semalam. JERTEH: Penemuan bangkai ikan dipercayai paus di pantai Beting Lintang, di sini, sejak awal pagi semalam mencuri tumpuan penduduk setempat. Difahamkan ikan seberat lebih satu tan itu hanyut ke darat ketika air pasang yang berlaku malam kelmarin. Seorang penduduk, Aidah Ariffin, 39, berkata dia mengetahui kejadian itu sekitar jam 1 tengah hari selepas diberitahu anaknya. "Sejak lebih 10 tahun tinggal di sini, tidak pernah ikan sebesar ini naik ke darat. Pada mulanya saya kurang yakin dengan berita yang disampaikan oleh anak namun apabila melihat sendiri ternyata saiznya amat besar. "Disebabkan penemuan itu, pantai ini secara tiba-tiba dikunjungi ramai orang yang ingin menyaksikan ikan berkenaan," katanya. Sementara itu, Mek Nab Hussin, 54, berkata, ini kali pertama dia melihat ikan sebesar itu terdampar di pantai. "Sepanjang 20 tahun saya berada di kampung ini, tidak pernah lagi melihat ikan gergasi seperti itu. "Terdetik juga di hati perasaan bimbang dengan kejadian yang boleh dikatakan pelik ini namun saya tidak mahu memikirkan perkara buruk," katanya. Pengunjung, Ahmad Fadhil Zakaria, 24, dari Jerteh berkata dia mengetahui kejadian itu melalui Facebook. "Penemuan ikan gergasi ini menjadi viral di Facebook. Kebanyakannya percaya ikan itu dari kategori ikan paus. "Besar kemungkinan ikan itu sesat masuk ke kawasan persisiran pantai kemudian dihanyutkan air pasang sebelum terdampar ke pantai," katanya.
Bangkai ikan gergasi jadi tumpuan penduduk

0 comments:
Post a Comment