Bukan sekolah tapi pejabat ladang
Petikan rakaman video yang viral di media sosial.
Putrajaya: Siasatan mendapati video pasangan bercumbu yang viral di laman sosial baru-baru ini, bukan dilakukan guru dan tidak membabitkan institusi Kementerian Pendidikan.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, rakaman itu dipercayai dibuat lapan tahun lalu di pejabat sebuah ladang di Segamat, Johor.
"Kementerian akan terus melakukan siasatan bagi mengenalpasti watak utama dan lokasi sebenar kejadian," katanya dalam kenyataan di Facebook (FB) miliknya hari ini.
Video selama lapan minit itu tersebar di media sosial minggu lalu memaparkan aksi intim dua individu yang kelihatan seperti di pejabat sekolah.
Aksi berkenaan dipercayai dirakam lelaki dalam video itu, mendapat kecaman netizen kerana melakukan perbuatan tidak bermoral.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment