Tahniah kepada pasangan beregu campuran badminton Malaysia,
Rio de Janeiro: Beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying sekadar mampu meraih pingat perak selepas kecundang 14-21, 12-21 kepada pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir pada aksi final, hari ini.
Tampil sebagai pasangan bukan pilihan, beregu negara itu gagal mempamerkan permainan sebenar mereka apabila tewas dalam tempoh 42 minit di Pavilion 4 Riocentro.
Ia pingat ketiga kontinjen negara pada temasya kali ini.
Penerjun Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong meraih pingat perak dalam acara 10m platform seirama manakala jaguh berbasikal Azizulhasni Awang membawa pulang gangsa dalam acara keirin lelaki.
Jumaat ini, beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong berpeluang merebut pingat emas apabila berdepan Fu Haifeng-Zhang Nan dari China pada perlawanan akhir.
Chan Peng Soon-Goh Liu Ying kerana berjaya memenangi pingat perak di pusingan akhir Rio 2016. Anda mencetuskan inspirasi rakyat Malaysia.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment