Cayalah Mustar

Cayalah Mustar

Kuala Lumpur: Seperti dijangka, Mustar menepati ramalan apabila muncul sebagai juara Kilauan Emas Otai yang berlangsung di Dewan Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, di sini, malam ini.

Kemenangan itu melayakkan Mustar atau nama sebenarnya Mustaffa Rasyid Abd Jabar, 47, yang juga juara Kilauan Emas 5 membawa pulang wang tunai sebanyak RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Naib juara menjadi milik Ahmad Fuad Zaharullai atau Fuad, 48, juara Kilauan Emas 2, yang membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi.

Tempat ketiga diraih Idris Mohd Shabidin, 54, naib juara Kilauan Emas 3 yang membawa pulang wang tunai RM30,000 dan trofi.

Sementara itu, tempat keempat pula menjadi milik Mohammad Nasiruddin Mohd Hashim atau Nas, 45, yang juga finalis Kilauan Emas 4 yang membawa pulang RM10,000.

Silah yang tersingkir pada separuh akhir pula dipilih pemenang Anugerah Khas Juri yang menerima wang tunai RM10,000 dan trofi.

Setiap peserta diberikan dua tugasan iaitu menyanyi secara solo dan berduet bersama artis terkenal.

Peserta diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 50 peratus daripada juri tetap dan 50 peratus undian penonton di rumah.

Konsert Akhir Kilauan Emas Otai diadili oleh Datuk Ramli MS dan Erra Fazira selaku juri tetap serta juri jemputan Fauziah Ahmad Daud dan Pak Ngah.

Program itu dihoskan oleh Raja Azura.

Penonton turut dihiburkan dengan persembahan daripada artis undangan terdiri daripada Saleem Iklim, Wann, Zamani Slam dan De Fam.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment